Tuesday, August 9, 2011

Roh di bulan puasa


Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadh...an. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz. Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup. Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup. Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus i a semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam kebaikan.


By: Fadzilah Hashim

fORevEr LOve,

Friday, June 10, 2011

Life Ends But Work Will Never End !


A reminder to all of us...... Read until the end
 


 
BUT REMEMBER, ALLAH NOTICE IF WE DO IT FOR HIM...

Masalah Kulit

Definisi Kulit

Kulit adalah deria yg paling besar keluasannya pada tubuh manusia berbanding deria2 lain seperti deria bau, rasa, dengar dan lihat. Oleh itu ia merupakan organ yang sungguh luar biasa yang diciptakan oleh Allah S.W.T. yang berfungsi sebagai dinding bagi memelihara organ dalaman selain berfungsi sebagai penghantar isyarat dari dunia luar ke dalam tubuh. Kulit merupakan deria yang sensitif pada persekitaran seperti cahaya, kelembapan udara dan sebagainya kerana dlm satu sm persegi kulit, ada 6 million sel, 5,000 sensor points, 100 liang peluh

Bahagian Kulit

Kulit terbahagi kepada tiga lapisan iaitu epidermis (lapisan terluar), dermis (lapisan tengah) dan subcutaneous (laipsan yg paling dalam). Epidermis berfungsi menghubungkan kita dengan dunia luar atau persekitaran.

Punca-punca Masalah Kulit

1. Gangguan tenaga sel hempedu di mana ia gagal berfungsi dengan sepenuhnya untuk mengeluarkan anti toksin yang sepatutnya menjadi penawar kepada toksin yang datang dari pelbagai makanan yang berasid dan mengandungi toksik dari racun sayuran dan sebagainya.

2. Boleh juga disebabkan gangguan tenaga sel hati di mana ia gagal berfungsi dengan sepenuhnya untuk memproses bahan makanan untuk diserapkan kepada sel darah.

3. Kegagalan otak menghantar isyarat yang tepat untuk organ-organ di atas bertindak balas dengan makanan yang dimakan.

4. Tahap keracunan dalam darah yang tinggi hasil salah satu atau kombinasi ketiga-tiga sebab di atas lama kelamaan mencapai satu tahap di mana kesannya akan dikeluarkan melalui liang roma dan kulit. Racun inilah yang menjadikan rasa gatal, merosakkan sel kulit selepas jangka masa yang panjang dan seterusnya mematikan sel2 kulit pada tahap kronik.

5. Ada kemungkinan akibat daripada gangguan tenaga luar seperti jin dan sebagainya. Pada kebiasaanya, ia dapat dikesan jika seseorang yang mengalami masalah kulit yang tidak pulih walaupun telah menggunakan pelbagai jenis ubat.

Kesan Radiasi / Pancaran Kepada Kesihatan Fizikal, Mental & Emosi

Kemajuan teknologi moden yang berlaku hari demi hari telah mengubah gaya hidup manusia menjadi lebih mudah. Untuk ke sesuatu destinasi samada yang dekat mahupun yang jauh tidak lagi perlu menunggang unta atau berjalan berbulan-bulan lamanya untuk sampai. Dengan terciptanya enjin kenderaan, hanya beberapa jam sahaja masa yang diambil untuk sampai ke sesuatu destinasi yang dituju. Manusia masa kini boleh mengembara ke seluruh pelusuk dunia dengan hanya perlu menekan beberapa suis dengan kewujudan peralatan moden seperti televisyen (tv), komputer dan internet, radio dan sebagainya. Segala maklumat, rujukan, informasi dan sebagainya berada di depan mata tanpa perlu bersusah payah untuk ke sana ke mari. Begitu juga jalinan hubungan antara dua benua terjalin dengan kewujudan peralatan teknologi moden seperti telefon bimbit, internet dan sebagainya. Malah perlawanan bola sepak di Brazil boleh ditonton secara langsung oleh penduduk Malaysia dengan kewujudan satelit yang tidak terfikir oleh manusia terdahulu.

Namun disebalik kecanggihan dan kemudahan yang disumbangkan oleh teknologi moden hari ini kepada manusia, terdapat kesan negatifnya kepada kesihatan mental, fizikal juga emosi. Tanpa kita sedari sedikit demi sedikit kesihatan kita terjejas akibat terdedah secara berterusan kepada peralatan canggih seperti ini kesan daripada radiasi atau pancaran.

Kajian menunjukkan monitor komputer sebagai sumber radiasi elektrik dan magnetik (elektromagnetik) yang agak kuat. Pendedahan yang berterusan kepada pancaran ini boleh meningkatkan risiko keguguran, kecacatan bayi, beberapa jenis kanser, leukemia dan lain-lain penyakit. Walaupun bukti kukuh masih belum dijumpai, tetapi tetap dilihat ada kaitannya. Dari segi emosi, seseorang yang terdedah secara berterusan pada radiasi atau sinaran akan mengalami simtom-simtom ketidakstabilan emosi seperti panas baran (cepat marah), keliru, cemas, tidak tenteram dan sebagainya.

Kabel elektrik, transformer, peralatan elektrik, radar, television, enjin kenderaan, talipon bimbit dan semua peralatan yang menghasilkan medan elektromagnet yang dianggap bahaya kepada kesihatan mental, fizikal juga emosi.

Radiasi elektrik dan radiasi magnetik adalah berbeza, tetapi ia sering wujud secara bersama kerana semua alat yang menggunakan kuasa elektrik mengeluarkan radiasi elektromagnetik. Masalahnya material yang melindungi kita dari radiasi elektik tidak melindungi dari radiasi magnetik dan sebaliknya. Sangat sedikit produk yang melindungi kita bila terdedah secara terus kepada radiasi magnetik. Ini kerana radiasi magnetik dapat menembusi kayu, besi, batu dan tentu sekali tubuh manusia. Bagaimanapun kita bernasib baik kerana kedua-dua jenis radiasi ini menjadi semakin lemah semakin jauh ia dari puncanya.

Sel tubuh mempunyai tenaga elektrik halus yang dihasilkan melalui pergerakas elektron sel. Elektron sel menghasilkan sistem tenaga yang seimbang dan harmoni untuk membolehkan sel berhubung dengan sel-sel tubuh yang lain. Radiasi tenaga elektromagnetik asing yang berpunca dari talipon bimbit dan peralatan elektrik yang lain mengganggu dengan gelombang yang merosakkan sistem harmoni tubuh dan dalam jangka panjang merosakkan sistem komunikasi sel tubuh dan akhirnya menyebabkan penyakit.

Masalah Bau Badan

Masalah bau badan boleh menimbulkan rasa kurang selesa biarpun kepada si pembawa mahupun orang disekeliling samada di rumah, tempat kerja, tempat awam dan sebagainya. Selain itu ianya juga boleh menghakis keyakinan diri seseorang yang mengalami masalah ini (bau badan) untuk berhadapan dengan orang lain.

Sesuatu penyakit itu biasanya saling berkait diantara satu sama lain. Jadi untuk mengatasi / mengubati sesuatu penyakit itu, kita perlulah mengetahui apakah punca sebenar sesuatu penyakit itu.

Masalah bau badan boleh terjadi akibat 2 faktor :

1. Sistem pencernaan bermasalah, tidak berfungsi sepenuhnya. Biasanya disebabkan juga oleh masalah hati/hempedu/ginjal di mana penapisan tidak berlaku sepenuhnya sehingga bahan tersebut dikeluarkan melalui peluh.

2. Kehadiran bakteria di kawasan peluh yang menjalankan aktiviti di situ. Bakteria ini juga ada menghasilkan sisa-sisa perkumuhan, dan hasilnya juga mengeluarkan bau.


Schultz Philosophy

 
The following is the philosophy of Charles Schultz, the creator of the 'Peanuts' comic strip. You don't have to actually answer the questions. Just read the e-mail straight through, and you'll get the point.


1. Name the five wealthiest people in the world.

2. Name the last five Heisman trophy winners.

3. Name the last five winners of the Miss America.

4. Name ten people who have won the Nobel or Pulitzer Prize.

5. Name the last half dozen Academy Award winner for best actor and actress.

6. Name the last decade's worth of World Series winners.


How did you do?


The point is, none of us remember the headliners of yesterday. These are no second-rate achievers. They are the best in their fields. But the applause dies. Awards tarnish. Achievements are forgotten. Accolades and certificates are buried with their owners .


Here's another quiz. See how you do on this one:

1. List a few teachers who aided your journey through school.

2. Name three friends who have helped you through a difficult time.

3. Name five people who have taught you something worthwhile.

4. Think of a few people who have made you feel appreciated and special.

5. Think of five people you enjoy spending time with .


Easier?


The lesson: The people who make a difference in your life are not the ones with the most credentials, the most money, or the most awards. They are the ones who cared.

Friday, May 27, 2011

Info Kesihatan


MIGRAIN BUKAN SAKIT KEPALA

Migrain, berbanding dengan sakit kepala, boleh menyebabkan kesakitan yang melemahkan tubuh bagi ramai orang yang menghidapnya, yang boleh berlarutan selama berjam-jam dan adakalanya berhari-hari.

Sakit kepala, sebaliknya, tidaklah sebagaimana teruk atau kroniknya migrain, tetapi ia juga tidak selesa sebagaimana migrain. Menurut Yayasan Penyelidikan Migrain (Migraine Research Foundation), migrain boleh diiringi oleh beberapa gejala lain termasuk: gangguan penglihatan, rasa loya, muntah, pening, menjadi sangat sensitif pada bunyi, cahaya, sentuhan dan bau, dan rasa menyengat atau kebas pada bahagian muka. Yayasan itu juga menerangkan bahawa migrain adalah dianggap sebagai satu sindrom dan menggambarkannya sebagai “satu koleksi gejala-gejala yang timbul dari satu punca biasa [dan] diklasifikasikan mengikut kumpulan gejala-gejalanya.

Oleh kerana gejala-gejalanya adalah sangat berbeza, migrain sering tersalah didiagnos.” Malangnya, tiada penawar untuknya pada masa kini. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan dan rawatan yang boleh membantu untuk mengurangkan beberapa kesakitan dan gejala-gejalanya ada boleh didapati. Berundinglah dengan doktor anda jika anda menghidap migrain membantu menentukan rawatan yang terbaik.

Sekadar berkongsi,

Info Kesihatan


ALASAN PERLU BERJALAN KAKI

 
- 17 MINIT BERJALAN KAKI – KURANGKAN DEPRESI
SEBANYAK 41 %

- 17 MINIT BERJALAN KAKI- KURANGNYA TERJADI KANSER USUS
SEBANYAK 31 %

- 18 MINIT BERJALAN KAKI- KURANGNYA RISIKO PENYAKIT JANTUNG
SEBANYAK 36 %

- 21 MINIT BERJALAN KAKI – KURANGNYA RISIKO STROK
SEBANYAK 43 %

- 30 MINIT BERJALAN KAKI- KURANGNYA RISIKO DIABETES
SEBANYAK 30 %
 
Sekadar berkongsi,

Monday, May 9, 2011

Appreciate Your Life

When I was a kid, my mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made breakfast after a long, hard day at work. On that evening so long ago, my mom placed a plate of eggs, sausage, and extremely burned biscuits in front of my dad. I remember waiting to see if anyone noticed! Yet all my dad did was reach for his Biscuit, smile at my mom and ask me how my day was at school.

I don't remember what I told him that night, but I do remember hearing my mom apologize to my dad for burning the biscuits. And I'll never forget what he said: "Honey, I love burned biscuits."

Later that night, I went to kiss Daddy good night and I asked him if he really liked his biscuits burned. He wrapped me in his arms and said, "Your momma put in a long hard day at work today and she's real tired. And besides... a burnt biscuit never hurt anyone!"

You know, life is full of imperfect things... and imperfect people.. I'm not the best at hardly anything, and I forget birthdays and anniversaries just like everyone else. What I've learned over the years is that learning to accept each others faults and choosing to celebrate each others differences, is one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting relationship.

Life is too short to wake up with regrets... Love the people who treat you right and forget about the ones who don't.

ENJOY LIFE NOW - IT HAS AN EXPIRY DATE!

P/S : A Very Happy Mother's To All Mothers Out There



Monday, April 4, 2011

Thursday, March 24, 2011

Friday, March 11, 2011

Rango


My Star - «««

Semalam released Rango, semalam juga aku bawa Dania gi tonton Rango .. kitaorang gi tonton dekat GSC Sunway Carnival .. show start kul 6.40pm habis dalam 8.30pm mcmtuh, lepas tonton wayang, bawa Dania gi 'men menan' jap, then gi dinner dkt Rasamas :)  
 
As for me, Rango not so bad, boleh ditonton, menghiburkan hati, funny, ada jalan crita .. walaupun certain² part ada yang macam mengarut, tapi dah nama pun cartoon kan .. character² dalam Rango xdala yang comel², semuanya comot² ! hahaha .. kesimpulannya, I enjoyed watching Rango :) I guess Dania pun enjoy walaupun dia xbyk gelak, aku yang gelak lebih! HAHAHAH .. tapi mmg khusyuk benar Dania masa dalam wayang .. hari ni ingat nak bawa Dania gi tonton Mars Needs Mums plak ;D

kat part ni mmg lawak sesangat ! LOL ;P

dalam semua character, da one yang rasanya 'sepatutnya' cute, budak kecik yang pakai baju putih ni jela .. hahaha .. klo nk tgk muka 'cute' dia, kena la gi tonton Rango ;P

yang ni kekasih hati Rango ;)

sMiLe + hApPy ,
Love is...
©
dAniAmy™
- Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace - Blogger Styles