Tuesday, May 4, 2010

tiPs mEndiSipLinkAn AnAk²

Ramai ibu bapa mengeluh kerana anak mereka tidak berdisplin. Malah tidak kurang juga yang berputus asa dalam menangani masalah tersebut. Akibatnya, ramai yang menggunakan paksaan untuk mendisiplinkan anak mereka. Sudah tentu cara begini bukanlah jalan yang terbaik. Malah anak² juga akan menerimanya dari perspektif yang negatif. Berikut adalah beberapa pendekatan yang boleh dilakukan untuk membantu anak² agar lebih berdisiplin ;

BERIKAN ALASAN YANG JELAS
Jika melarang anak agar tidak melakukan sesuatu perkara, berikan alasan yang boleh dia terima. Terangkan dengan jelas dan bimbinglah anak. Anak² zaman sekarang sudah tidak mahu menerima alasan mangarut seperti .. "Jangan menyanyi semasa berada di dapur, nanti dapat suami tua". Seharusnya anda memberikan alasan yang tepat, mengapa dia tidak boleh menyanyi ketika berada di dapur.

BUAT SECARA SEPAKAT
Anak akan meniru segala yang orang dewasa lakukan. Begitulah juga apabila ibu bapa yang bertindak dan membuat keputusan yang bercanggah terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, kita tidak membenarkan anak makan semasa menonton televisyen. Sebaliknya pasangan kita hanya membiarkan sahaja. Situasi ini akan membingungkan anak. Akibatnya dia akan mengabaikan larangan kita. Buatlah kesepakatan antara kita dan pasangan terhadap sesuatu perkara agar setiap keputusan dapat diterima oleh anak dengan jelas.

BERI PERINGATAN
Jika anak tahu peraturan yang telah dibuat oleh kita (pada usia tertentu), yang perlu kita lakukan hanyalah bertanya sewaktu dia melanggar peraturan tersebut. Pastinya dia akan berasa bersalah dan malu serta sedar akan hukuman yang bakal diterima.

TEGAS
Adalah lebih baik jika kita berterus terang mengatakan bahawa kita tidak senang atau tidak suka dengan tingkah lakunya dengan alasan yang mudah dan jelas. Umpamanya dengan berkata "Jangan baling mainan tu, nanti rosak sayang" , daripada menjerit mengatakan, "Jangan baling mainan tuh!"

BERI ANAK PILIHAN
Ada ketikanya anak tidak mengendahkan langsung teguran kita. Contohnya apabila kita menyuruh anak mengulangkaji pelajaran, anak hanya buat tidak endah. Dalam situasi sebegini, cubalah berlembut tetapi tegas. Sebagai contoh, cuba kita pimpin dia ke bilik dan katakan kepadanya bahawa dia hanya boleh bermain di luar selepas selesai mengulangkaji pelajaran atau mahu mendengar kata.

JANGAN MENGUNGKIT
Setelah anak selesai menerima hukuman akibat kesalahan yang dia lakukan, kembalilah pada kegiatan masing². Jangan diungkit lagi kesalahan yang telah dia lakukan tadi dan jangan peringat dia bahawa dia sudah serik untuk mengulanginya.

SENTIASA TENANG
Marah sambil menjerit, menenking dan memarahi anak tanpa henti akan membuatkan anak menjadi seorang yang 'keras kepala' dan akan bertindak kasar terhadap kita. Dan ini sudah pasti akan merosakkan penghargaan anak pada kita. Oleh itu sentiasalah bertenang sekalipun anak melakukan tindakan yang boleh membuatkan darah kita naik. (coolll ...) :P

DUDUK KETIKA BERCAKAP
Ketika bercakap dengan anak, terutama ketika menegurnya, hendaklah dengan cara duduk atau sambil memandang tepat matanya. Jika kita berdiri, anak perlu mendongak untuk memandang muka kita. Jangan sesekali menganggap, marah secara duduk atau melutut akan membuatkan jatuhnya martabat kita. Sebaliknya anak akan merasa lebih hormat dan dekat dengan kita.

JANGAN BERCERAMAH
Ajak anak berbincang mengenai kesalahan yang telah dia lakukan. Umpamanya dengan berkata, "berbohong itu baik tak?" atau "awak suka tak kalau ada orang mengambil barang awak? kalau tak suka janganlah pula ambil barang orang". Cara ini selain boleh membuatkan anak lebih berdisplin, ia juga akan membiasakan anak untuk menyelesaikan segala permasalahan denga cara berbincang. Sebaliknya jika kita terus berceramah atau berleter, ntah satu apapun yang kita leterkan tidak masuk ke dalam kepalanya.

KRITIK SIKAPNYA, BUKAN DIRINYA
"Sudah banyak kali mummy ingatkan .." atau "awak ni selalu saja .." , sekali imbas kata² seperti ini tidaklah terlalu keras, tetapi ayat begini akan memberikan kesan pada anak bahawa dia seolah² ditakdirkan untuk selalu mengecewakan ibu bapanya. Dia akan berfikir dia sentiasa saja membuat kesalahan. Kata² begitu sebenarnya mengkritik dirinya. Sebaik²nya, kritiklah sikapnya, bukan dirinya. Mungkin kita boleh kata, "mummy tidak suka kamu berbohong ..".

TUNJUKKAN SIKAP POSITIF
Ramai ibu bapa yang menghabiskan waktu dengan mengkritik sikap buruk anak, sementara untuk memberi pujian atas sikap positif anak kurang sekali. Alasannya, tidak ada masa. Sebaiknya sesekali kita perlu mengucapkan kata² pujian seperti "mummy gembira kerana kamu mahu mengemas permainan dan menyimpan di tempatnya semula .. "

MEMAHAMI SITUASI ANAK
Jangan terlalu keras dalam menerapkan disiplin pada anak. Cubalah memahami hal² atau situasi anak, seperti ketika dia sedang kecewa, marah, penat atau sakit. Longgarkan sedikit peraturan untuk mengurangkan stress anak. Umpamanya, jangan memaksa anak untuk segera mengemas bilik tidurnya ketika dia tidak sihat.

ELAKKAN MEMUKUL
Memukul akan meninggalkan kesan buruk pada anak. Contohnya anak yang pernah ditampar oleh ibu atau bapanya akan merasa lebih 'keras hati' ataupun bersikap pendendam. Ini juga akan mengajar anak untuk menyelesaikan segala masalah dengan kekerasan.

JANGAN TERLALU KEBUDAK-BUDAKAN
Bergurau yang keterlaluan seperit menggigit atau menarik rambut sebagai menunjukkan rasa sayang pada anak adalah sesuatu yang tidak sesuai. Bersikaplah sewajarnya, seperti menggenggam tangannya, memeluk atau memberikan ciuman.

CONTOH YANG BAIK
Sikap semula jadi kanak² adalah meniru, terutamanya apa yang dilakukan oleh ibu bapanya. Jika suatu ketika anak terlihat kita dan pasangan menyelesaikan masalah dengan cara yang baik, anak juga akan meniru sikap baik kita. Manakala jika kita dan pasangan menangai sesuatu masalah dengan cara yang kasar, anak juga akan meniru sikap begitu.

Sesungguhnya kesabaran dan doa adalah pelengkap dalam kehidupan seorang Muslim. Jadi apa yang perlu kita lakukan hendaklah diniatkan kerana Allah SWT.

3 comments:

PUPUT said...

sgt2 menarik la beb...khusyuk membaca ni...sbb skg anak sy yg sulung yg sama nama ngn anak awk tu kan...dia degil tau...sy salu marah2 dia..dulu2 sy still leh sabar...skg senang je sy naik tgn kat dia...geramm...tq bg info ni...^_^

aMy@LoLipOp said...

thx! =) aha, anak saya pun xboleh kena marah lgsg, dah nangis srupe kena pukul.. saya pun kdg smpai nek serba slh, xlarang karang 'rosak' plak , dah larang dia nangis srupe kena dera .. bdk² skrg ni mmg ssh nak jaga bebanding bdk² dulu kan.. tp apa pun yg penting kesabaran .. mmg kena bnyk, BNYK sabar .. :P

aMy@LoLipOp said...

thx! =) aha, anak saya pun xboleh kena marah lgsg, dah nangis srupe kena pukul.. saya pun kdg smpai nek serba slh, xlarang karang 'rosak' plak , dah larang dia nangis srupe kena dera .. bdk² skrg ni mmg ssh nak jaga bebanding bdk² dulu kan.. tp apa pun yg penting kesabaran .. mmg kena bnyk, BNYK sabar .. :P

Love is...
©
dAniAmy™
- Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace - Blogger Styles