Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Salam 1 Malaysia..
Sukacita dimaklumkan bahawa sesi penggambaran Program BERSAMAMU TV3 dengan kerjasama UiTM P.Pinang akan diadakan pada tarikh 16 Oktober 2010 (Sabtu) bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang di kedai CAR WASH Taman Pauh (bersebelahan 7 Eleven dan berhadapan stesyen minyak Mobil dan Politeknik Seberang Perai).
Dengan segala hormatnya kepada semua yang berkesempatan atau yang berhampiran dijemput untuk datang mencuci kenderaan anda dengan harga yang berpatutan. Untuk makluman beberapa pensyarah dan pelajar UiTMPP akan turut serta dalam program ini bagi membantu secara sukarela dan khidmat nasihat sepanjang hari tersebut.
Semoga dengan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan akan memeriahkan lagi program ini dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan. Diharap usaha murni yang melibatkan warga staf dan pelajar UiTMPP akan terus mendapat sokongan padu daripada anda semua.
Sekian, terima kasih
Harap Maklum

UiTM di hatiku,







2 comments:
Salam Amy, Apa khabar.
macammana. banyak ker dapat kutipan Amy. sambutan okay ker untuk kutipan amal camni.
oooo...molek na ngn uitmPP ye..
Post a Comment