Definisi Kulit
Kulit adalah deria yg paling besar keluasannya pada tubuh manusia berbanding deria2 lain seperti deria bau, rasa, dengar dan lihat. Oleh itu ia merupakan organ yang sungguh luar biasa yang diciptakan oleh Allah S.W.T. yang berfungsi sebagai dinding bagi memelihara organ dalaman selain berfungsi sebagai penghantar isyarat dari dunia luar ke dalam tubuh. Kulit merupakan deria yang sensitif pada persekitaran seperti cahaya, kelembapan udara dan sebagainya kerana dlm satu sm persegi kulit, ada 6 million sel, 5,000 sensor points, 100 liang peluh
Bahagian Kulit
Kulit terbahagi kepada tiga lapisan iaitu epidermis (lapisan terluar), dermis (lapisan tengah) dan subcutaneous (laipsan yg paling dalam). Epidermis berfungsi menghubungkan kita dengan dunia luar atau persekitaran.
Punca-punca Masalah Kulit
1. Gangguan tenaga sel hempedu di mana ia gagal berfungsi dengan sepenuhnya untuk mengeluarkan anti toksin yang sepatutnya menjadi penawar kepada toksin yang datang dari pelbagai makanan yang berasid dan mengandungi toksik dari racun sayuran dan sebagainya.
2. Boleh juga disebabkan gangguan tenaga sel hati di mana ia gagal berfungsi dengan sepenuhnya untuk memproses bahan makanan untuk diserapkan kepada sel darah.
3. Kegagalan otak menghantar isyarat yang tepat untuk organ-organ di atas bertindak balas dengan makanan yang dimakan.
4. Tahap keracunan dalam darah yang tinggi hasil salah satu atau kombinasi ketiga-tiga sebab di atas lama kelamaan mencapai satu tahap di mana kesannya akan dikeluarkan melalui liang roma dan kulit. Racun inilah yang menjadikan rasa gatal, merosakkan sel kulit selepas jangka masa yang panjang dan seterusnya mematikan sel2 kulit pada tahap kronik.
5. Ada kemungkinan akibat daripada gangguan tenaga luar seperti jin dan sebagainya. Pada kebiasaanya, ia dapat dikesan jika seseorang yang mengalami masalah kulit yang tidak pulih walaupun telah menggunakan pelbagai jenis ubat.
Kesan Radiasi / Pancaran Kepada Kesihatan Fizikal, Mental & Emosi
Kemajuan teknologi moden yang berlaku hari demi hari telah mengubah gaya hidup manusia menjadi lebih mudah. Untuk ke sesuatu destinasi samada yang dekat mahupun yang jauh tidak lagi perlu menunggang unta atau berjalan berbulan-bulan lamanya untuk sampai. Dengan terciptanya enjin kenderaan, hanya beberapa jam sahaja masa yang diambil untuk sampai ke sesuatu destinasi yang dituju. Manusia masa kini boleh mengembara ke seluruh pelusuk dunia dengan hanya perlu menekan beberapa suis dengan kewujudan peralatan moden seperti televisyen (tv), komputer dan internet, radio dan sebagainya. Segala maklumat, rujukan, informasi dan sebagainya berada di depan mata tanpa perlu bersusah payah untuk ke sana ke mari. Begitu juga jalinan hubungan antara dua benua terjalin dengan kewujudan peralatan teknologi moden seperti telefon bimbit, internet dan sebagainya. Malah perlawanan bola sepak di Brazil boleh ditonton secara langsung oleh penduduk Malaysia dengan kewujudan satelit yang tidak terfikir oleh manusia terdahulu.
Namun disebalik kecanggihan dan kemudahan yang disumbangkan oleh teknologi moden hari ini kepada manusia, terdapat kesan negatifnya kepada kesihatan mental, fizikal juga emosi. Tanpa kita sedari sedikit demi sedikit kesihatan kita terjejas akibat terdedah secara berterusan kepada peralatan canggih seperti ini kesan daripada radiasi atau pancaran.
Kajian menunjukkan monitor komputer sebagai sumber radiasi elektrik dan magnetik (elektromagnetik) yang agak kuat. Pendedahan yang berterusan kepada pancaran ini boleh meningkatkan risiko keguguran, kecacatan bayi, beberapa jenis kanser, leukemia dan lain-lain penyakit. Walaupun bukti kukuh masih belum dijumpai, tetapi tetap dilihat ada kaitannya. Dari segi emosi, seseorang yang terdedah secara berterusan pada radiasi atau sinaran akan mengalami simtom-simtom ketidakstabilan emosi seperti panas baran (cepat marah), keliru, cemas, tidak tenteram dan sebagainya.
Kabel elektrik, transformer, peralatan elektrik, radar, television, enjin kenderaan, talipon bimbit dan semua peralatan yang menghasilkan medan elektromagnet yang dianggap bahaya kepada kesihatan mental, fizikal juga emosi.
Radiasi elektrik dan radiasi magnetik adalah berbeza, tetapi ia sering wujud secara bersama kerana semua alat yang menggunakan kuasa elektrik mengeluarkan radiasi elektromagnetik. Masalahnya material yang melindungi kita dari radiasi elektik tidak melindungi dari radiasi magnetik dan sebaliknya. Sangat sedikit produk yang melindungi kita bila terdedah secara terus kepada radiasi magnetik. Ini kerana radiasi magnetik dapat menembusi kayu, besi, batu dan tentu sekali tubuh manusia. Bagaimanapun kita bernasib baik kerana kedua-dua jenis radiasi ini menjadi semakin lemah semakin jauh ia dari puncanya.
Sel tubuh mempunyai tenaga elektrik halus yang dihasilkan melalui pergerakas elektron sel. Elektron sel menghasilkan sistem tenaga yang seimbang dan harmoni untuk membolehkan sel berhubung dengan sel-sel tubuh yang lain. Radiasi tenaga elektromagnetik asing yang berpunca dari talipon bimbit dan peralatan elektrik yang lain mengganggu dengan gelombang yang merosakkan sistem harmoni tubuh dan dalam jangka panjang merosakkan sistem komunikasi sel tubuh dan akhirnya menyebabkan penyakit.
Masalah Bau Badan
Masalah bau badan boleh menimbulkan rasa kurang selesa biarpun kepada si pembawa mahupun orang disekeliling samada di rumah, tempat kerja, tempat awam dan sebagainya. Selain itu ianya juga boleh menghakis keyakinan diri seseorang yang mengalami masalah ini (bau badan) untuk berhadapan dengan orang lain.
Sesuatu penyakit itu biasanya saling berkait diantara satu sama lain. Jadi untuk mengatasi / mengubati sesuatu penyakit itu, kita perlulah mengetahui apakah punca sebenar sesuatu penyakit itu.
Masalah bau badan boleh terjadi akibat 2 faktor :
1. Sistem pencernaan bermasalah, tidak berfungsi sepenuhnya. Biasanya disebabkan juga oleh masalah hati/hempedu/ginjal di mana penapisan tidak berlaku sepenuhnya sehingga bahan tersebut dikeluarkan melalui peluh.
2. Kehadiran bakteria di kawasan peluh yang menjalankan aktiviti di situ. Bakteria ini juga ada menghasilkan sisa-sisa perkumuhan, dan hasilnya juga mengeluarkan bau.






0 comments:
Post a Comment